Manis, Berjus, Berkhasiat……dari Jepun
*Sila maklum: laman diatas tidak menjual buah-buahan oren.
Untuk pembelian, sila klik disini.
BELI SEKARANG
“WILAYAH OREN EHIME”
Sila buat pesanan anda dengan mengisi borang dalam talian untuk menikmati harga borong. (Hanya terdapat di Lembah Klang sahaja)
Kami tidak dapat menjamin kesediaan stok buah oren kerana bekalan yang sangat terhad.
Hanya disediakan pada dasar pertama didahulukan. Ingin mengetahui lebih lanjut, sila menghubungi: ehime.citrus@gmail.com
1 kotak (3kg) Oren Setoka: RM388 sahaja
(tidak termasuk caj penghantaran)
Sambutlah musim gugur ke musim sejuk dengan oren Beni-Madonna
LicinBanyak JusnyaManisIbarat-jeli
BENI-MADONNA (tanpa biji)
Beni-Madonna sering dikaitkan dengan jeli, kerana kehalusan teksturnya, rasanya yang amat manis dan buahnya yang banyak jus. DiJepun, permata berharga ini, hanya boleh didapati dalam tempoh sebulan sepanjang tahun, bermula dari musim buah oren pada bulan November dan ianya adalah hadiah hujung tahun yang popular kerana saiz dan bentuknya yang menarik. Dimajukan di Ehime pada tahun 2005 dan sering dipotong dalam bentuk baji kerana kulitnya yang tidak mudah dikupas.
Oren Kanpei adalah buah yang manis, kaya berperisa, juga dikenali sebagai buah yang “manisnya sekata” kerana bentuk dan rasanya seperti nektar. Kanak-kanak menggemari buah ini kerana kemanisannya dan ianya mudah dikupas. Kanpei merupakan kacukan inovatif dan telah menjadi sangat popular semenjak ianya dihasilkan pada tahun 1990an.
Musim terbaik
Awal Februari hingga pertengahan Mac
Ciri-ciri
Kemanisan
Keasidan
Jus
Saiz
SETOKA (hampir tiada biji)
Setoka adalah buah sitrus yang sangat manis dan tidak berbiji. Ia sangat disukai oleh mereka yang berkeluarga kerana kulit nipis nya yang mudah dikupas serta mempunyai kesan rasa yang amat manis. Di Jepun, buah ini adalah lambang yang membawa tuah, menjadikannya sebagai hadiah premium yang popular.
Musim terbaik
Awal Februari hingga pertengahan Mac
Ciri-ciri
Kemanisan
Keasidan
Jus
Saiz
Wilayah Sitrus
Sejak 1900, kemahiran kami adalah menanam oren yang sungguh enak, ini merangkumi pengalaman melebihi 120 tahun dalam mengendalikan ladang-ladang, memajukan amalan penanaman cara tersendiri , memperbaharui teknik-teknik penyimpanan dan penghantaran oren kami yang sangat lazat, terus kepada pelanggan. Wilayah sitrus kami terletak di pulau Shikoku, selatan Jepun, yang kaya dengan tanah yang subur, cahaya matahari dan suhu yang sederhana sepanjang tahun untuk menghasilkan buah yang lazat. Secara mitos, Ehime bermaksud “Puteri yang Menawan” dan di Jepun, wilayah kami amat terkenal dengan buah sitrus.
Setiap oren dipilihkhas dan dibungkus dengan amat teliti, sebelum expot.
Falsafah Pekebun Yang Unik
Falsafah peladang kami adalah unik iaitu: kesegaran dan kelazatan. Ini bermula di ladang kami yang subur. Penjagaan yang rapi terhadap tanah, pokok dan setiap buah yang tumbuh di dahan-dahannya yang lebat dengan dedaun yang hijau. Buah-buahan kami dipetik diwaktu puncak kesegarannya. Setiap buah diperiksa dan dibungkus dengan teliti bagi memastikan hanya yang paling lazat dan enak sahaja dihantar ke Malaysia.
PERJALANAN KE MALAYSIA
Buah-buahan kami dihantar kepada anda diMalaysia melalui pengangkutan udara untuk menjamin kualiti, kesegaran dan kelazatannya.
Kami amat teliti untuk membawa hasil yang terbaik dari Wilayah Sitrus terus ke pangkuan anda. Buah-buahan sitrus kami di simpan di dalam bilik sejuk yang beroperasi 24 jam, dimana suhu, kelembapan dan ozon dikawal dengan sistem berkomputer. Khaisen memastikan oren-oren ini disimpan pada suhu yang tepat bagi mengekalkan rasa dan kualiti sitrus Ehime seperti baru saja dipetik dari Wilayah Sitrus.
Khaisen memasarkan hanya kualiti yang terbaik untuk anda.
Oren Premium Ehime pada musim bunga, musim panas, musim luruh & musim sejuk.
Anda boleh merasai oren premium Ehime penuh dengan kasih sayang kerana ia ditanam dengan sepenuh hati. Oren Ehime boleh dinikmati sepanjang tahun. Terdapat sebanyak 40 jenis oren yang berlainan, dan eksport tahunannya adalah sekitar 210,000 tan.
Kami berharap akan dapat membawa lebih banyak oren premium Ehime pada musim akan datang.
Fakta pemakanan:
Sumber Vitamin A & C
Flavonoid
Fosforus
Magnesium
Kalsium
Serat yang hebat.
Manfaat kesihatan:
Kaya dengan antioksidan
Tinggi serat yang mencegah sembelit dan pengumpulan toksin
Mencegah degenerasi makula (otot mata) semasa penuaan
Melindungi daripada osteoporosis
Mengurangkan kadar kolesterol tinggi
Menurunkan risiko barah dan penyakit kronik.
Marilah kita sama-sama #JalanJalanEhime
SAYA MICAN
Nama: Mican
Jawatan rasmi: Naib Gabenor bagi mempromosi senyuman
Tarikh Lahir: November 11, 2011
Tempat Lahir: Ehime
Keperibadian: Ceria dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Optimis dan periang
Profesion: Perhubungan Awam
Ciri-ciri utama: Hidung berbentuk hati dan ekor berbunga oren
Makanan Kegemaran: Sebarang makanan dari Wilayah Ehime. Terutama sekali mikan(limau mandarin)
Kegemaran: Sukan, Melancong & Makan
Keinginan: Rakan-rakan yang boleh membantu memasarkan Wilayah Ehime
SAYA MICAN GELAP
Nama: Mican Gelap
Tarikh Lahir: Tidak diketahui
Keperibadian: Tidak bertimbang rasa dan degil
Profesion: Mengganggu Mican
Ciri-ciri utama: Hidung berbentuk hati dan ekor berbunga oren
Makanan Kegemaran: Semua yang berkulat terutama limau-limau mandarin mikan yang berkulat
Suka: Melihat Mican menghadapi kesulitan
Ketidaksukaan: Rakan-rakan nakal yang membantu Dark Mican mengikut cara Mican
SAYA KOMICAN
Nama: Komican
Tarikh dan tempat lahir: Komican lahir dari senyuman sekumpulan kanak-kanak yang riang
Keperibadian: Komican suka berseronok dan periang
Profesion: Mengembirakan kanak-kanak
Ciri-ciri utama: Pucuk tunas tumbuh di kepala
Makanan Kegemaran: Limau mandarin Mikan yang manis
Kegemaran: Melihat rakan-rakan gemibira bermain dengan Mican dan Mican Gelap
Ketidaksukaan: Berdiam diri
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keindahan Wilayah Sitrus kami
Indahnya Kehidupan di Wilayah Sitrus Ehime
Pemandangan persisiran pantai yang menarik, keindahan gunung-ganang yang menakjubkan dan lembah-lembah beralun dengan sungai yang bersih jernih membuatkan Ehime pilihan yang tepat untuk dilawati. Mereka yang gemar berbasikal tertarik dengan gerai-gerai di tepi jalan yang menghidangkan makanan seperti aiskrim perisa sake hingga ke limau tempatan dan juga beras yang berkhasiat, sayur-sayuran dan ikan whitebait. Kegiatan sukan seperti badminton dan kolam air panas sangat popular dengan para penduduk dan juga pelawat. Inspirasi untuk mengadakan babak “onsen” di dalam filem Spirited Away arahan Hayao Miyazaki yang memenangi Anugerah Academy, tercetusnya disini. Inilah sebenarnya, kolam air panas yang tertua di Jepun dan terkenal sebagai pusat penyembuhan bagi rawatan kulit sejak beribu tahun dahulu. Marilah kita nikmati pemandangan yang indah, penduduk yang ramah tamah sambil menjamu selera dengan makanan laut, mee dan buah-buahan. Kami mengalu-alukan kedatangan anda!
Jangan lepaskan peluang mengunjungi Kolam Air Panas kami
Mereka yang suka berbasikal, gemar Ehime
Kita berkongsi hobi yang sama dengan ramai rakyat Malaysia - Badminton.