Prefektur Ehime (愛媛 県) terletak di pulau Shikoku (四 国) dan ibu kotanya adalah kota Matsuyama (松山) yang berhujauan.
Nini Marini, artis and pelukis di Kuala Lumpur, mengilhamkan Ehime.
Warna-warna yang cerah, keindahan alam, dan rasa lokal, Ehime merupakan sebuah prefektur yang penuh dengan inspirasi. Sehinggakan salah seorang seniman paling terkenal di Malaysia, Nini Marini, melukis sebuah karya seni yang merangkumi simbol-simbol tradisional Ehime ini!
Sebelum kita melihat lukisannya, mari kita mengenali seniman yang terkemuka ini – Nini Marini. Nini adalah seniman sepenuh masa di Kuala Lumpur yang suka mendorong sempadan dengan menggunakan pelbagai medium, sama ada seramik, tekstil, atau kecerdasan buatan.
Nini berkata, "Seni saya menunjukkan keberanian dalam warna, aksesibilitas dan khayalan," dan beliau mendapatkan inspirasi dari aspek alam yang kaya, fesyen dan corak. Anda dapat melihat pengaruh ini, dan simbol Ehime yang terkenal, dalam karya seninya - bolehkah anda mengenali unsur-unsur tersebut?
🟦 Mari kita mulakan dengan latar belakang, di mana ia merupakan tambalan yang diilhami oleh tekstil Ehime yang dikenali sebagai 'iyo kasuri'. Pola hashtag di langit mewakili kedamaian, sementara corak seperti blok adalah anggukan kepada corak yang terdapat di iyo-kasuri tradisional.
🌾 Unsur-unsur tekstil Ehime yang juga boleh didapati di ladang, yang membayangkan pemandangan Sawah Padi Teras Izumidani yang indah. Nini membuat corak hashtag untuk melambangkan nasi.
⛰ Gunung Ishizuchi adalah simbol yang penting: gunung ini dikenali sebagai salah satu dari tujuh puncak suci Jepun dan juga dipanggil "Batu Palu" kerana puncaknya yang berbatu. Kami berpendapat bahawa teknik Nini amat hebat dalam menunjukkan sudut tajam puncak tersebut – adakah anda bersetuju?
🍊 Sudah tentu, siapa boleh melupakan buah sitrus Ehime yang terkenal? Apabila mata anda melirik karya seni ini, buah oren seperti seakan-akan tari-menari atas kanvas.
🌸 Bunga Sakura yang berada di bahagian atas karya ini, memberi bingkai yang elegan dan mengingatkan kami musim bunga di Ehime.
Inspirasi Nini berasal dari alam sekitar - beliau berkata, "Bagi saya, adalah amat penting untuk memasukkan tekstil dan corak ke dalam karya ini kerana saya selalu merasakan [itulah] yang berasal dari alam semula jadi ... Oleh itu, saya menggunakan gambar-gambar ini untuk menceritakan kisah Ehime saya."
Kami berharap karya seni Nini menceritakan ‘kisah Ehime’ kepada anda, dan kami berharap anda akan datang untuk menikmati keajaiban alam ini. Terima kasih kepada Nini kerana berkongsikan karya seni yang begitu menakjubkan!
Keindahan alam semulajadi yang begitu menakjubkan, bandar-bandar bersejarah yang amat menawan, penduduk tempatan yang peramah, dan oren Ehime yang terkenal di dunia, itulah Prefektur Ehime yang unik!
Sekiranya anda merancang untuk mengunjungi tempat ini di bahagian barat laut Shikoku, kami mencadangkan lima perkara yang mesti anda lawati semasa anda berada di sini:
5
PERKARA
MENGENAI EHIME:
Istana Matsuyama
Mari mulakan perjalanan kami di salah satu tarikan Ehime yang paling terkenal: Istana Matsuyama! Istana yang berwarna kelabu-putih yang indah ini telah ujian masa yang paling mencabar dan merupakan salah satu daripada dua belas istana Jepun yang masih kukuh sejak Zaman Edo.
Badminton di Ehime
Tahukah anda bahawa sukan badminton adalah salah satu sukan paling popular di wilayah Ehime? Terdapat lebih dari seratus kelab di Ehime, malah pasukan Malaysia berkunjung ke sini untuk melatih sebelum bertanding di Sukan Olimpik. Sebenarnya, ramai pemain bintang dan jurulatih badminton memulakan kerjaya mereka di Ehime.
Selepas kita tahu sedikit sebanyak mengenai sukan badminton, marilah kita mengenali aktiviti lain yang popular di Ehime ....
Berbasikal di Ehime
Lebih dari 70 kilometer jalan lancar, pemandangan Lautan Seto, dan laluan berbasikal Shimanami Kaido yang terkemuka, Ehime merupakan sebuah destinasi utama untuk penunggang basikal dari seluruh dunia.
Tiada basikal? Jangan risau! Terdapat banyak kedai penyewaan basikal di sekitar prefektur ini, dan e-basikal moden juga boleh didapati.
"Syurga penunggang basikal" ini mempunyai berpuluhan laluan yang berbeza untuk penunggang dari semua tahap kemahiran, tetapi mungkin yang paling terkenal adalah Shimanami Kaido, lebuhraya berbasikal #1 Jepun yang menghubungkan enam pulau Lautan Seto dengan jambatan. Pemandangan ini amat mengagumkan dan janganlah anda melepaskan peluang ini semasa di Ehime!
Setelah anda berbasikal di Ehime, sampailah masanya untuk berehat dan menyegarkan diri di onsen tradisional. Bersyukurlah, Ehime memang sebuah tempat yang memberi anda peluang untuk menikmati pengalaman yang amat relaks ini.
Dogo Onsen
Mengunjungi onsen adalah satu tradisi ketika berada di Jepun, dan mujurnya, anda tidak perlu jelajah jauh: Ehime mempunyai salah satu mata air panas yang tertua di negara ini!
Onsen yang terletak di Matsuyama mempunyai sejarah yang beribuan tahun lamaya. Bangunan yang semasa yang dibina pada tahun 1894, mempunyai bilik khas yang dikhaskan untuk Keluarga Imperial Jepun. Namun, anda tidak perlu menjadi seorang bangsawan untuk menikmati seperti bangsawan: onsen ini mempunyai tiga tingkat bilik mandi, dan juga bilik peribadi.
Bahagian bangunan yang dibina dari kayu dan suasana tempat ini sebenarnya telah memberi inspirasi kepada Miyazaki ketika dia mendirikan pemandangan rumah mandi dalam filem anime beliau – Spirited Away.
Tekstil Ehime
Mari kita memperingati saat-saat di Ehime dengan cenderahati tempatan yang unik. Ehime terkenal dengan industri tekstil dan mempunyai tiga jenis kain yang terkenal: kain Iyo-kasuri biru yang cantik, kain sutera dari Nomura, dan tuala Imabari yang amat terkemuka. Cendarahati ini akan memperingatkan anda kenangan-kenangan yang indah semasa anda di Prefektur Ehime!
5
FAKTA MENGENAI
ISTANA MATSUYAMA
Walaupun Jepun mempunyai lebih kurang 200 istana di seluruh negara, salah satu istana yang paling indah boleh didapati di Matsuyama!
Selain daripada pemandangan yang menakjubkan, anda boleh meninjau pelbagai aktiviti di sekitar Istana Matsuyama:
1 — Pandangan yang luar biasa
Anda boleh memulakan perjalanan anda ke istana Matsuyama dengan cara unik: dengan kerusi gantung!
Walaupun anda boleh berjalan kaki atau menaiki kereta gantung, perjalanan sejauh 6 minit ke Istana Matsuyama ini penuh dengan antisipasi – ditambahkan dengan pemandangan panorama kota yang amat indah (anda dapat melihati kecantikkan bunga sakura sekiranya anda cukup berpeluang melawat tempat ini pada musim bunga).
2 — Selamat Datang di Istana Matsuyama!
Ada kata pepatah bahawa burung yang bangun awal mendapat cacing, ini pastinya benar jika kita mengaitkannya dengan lawatan ke Istana Matsuyama. Kadang-kala, penjaga-penjaga istana akan melakukan upacara pembukaan menyambut pengunjung dengan ucapan pendek dan pukulan gendang tradisional.
Anda boleh melihat upacara pembukaan khas di mana anda boleh 'menyerbu' istana bersama dengan para pelawat yang lain! Anda akan dapat menaiki tangga kayu ke titik pengamatan (‘Tenshu’) dan melawati menara-menara yang lain. Adakah anda sedia untuk aktiviti yang menyeronokkan ini?
3 - Istana yang melalui ujian masa
Kilat, api, dan perang tidak dapat meruntuhkan harta budaya ini!
Istana Matsuyama dibina pada awal tahun 1600-an oleh Tuan Feudal yang bernama Kato Yoshiaki dan bangunan ini pernah mengalami rentetan insiden malang, termasuk diubahsuaikan dari lima tingkat ke tiga tingkat pada tahun 1642 dan mengalami kebakaran pada tahun 1784. Istana Matsuyama berdiri kukuh dari semua malapetaka ini dan ia menjadi sebahagian penting dalam sejarah Jepun sehingga ke hari ini.
4 - Istana Matsuyama: Di mana perayaan berlaku!
Istana ini adalah tempat penting untuk festival terbesar di Matsuyama.
Semasa Festival Musim Bunga, Istana Matsuyama dijadikan kawasan ajaib bunga sakura, dengan ratusan pohon mekar di depan mata anda. Perarakan khas diadakan di mana tuan feodal keluar dari istana dengan pakaian lengkap dan menuju ke kota.
Bunga sakura dihiasi lampu di sepanjang perayaan musim panas, dan dinding istana dinyalakan dengan lampu berwarna-warni. Perhatikan ‘promenade of lights’ (Hikari-no-Omotenashi) yang menampilkan tokoh cahaya raksasa yang bangun apabila matahari terbenam.
5 – Jadi seorang pejuang Jepun (selama satu jam)
Jom, Istana Matsuyama memerlukan pengawal baru! Bolehkah awak tolong? Anda boleh kemali ke masa lampau dengan memakai pakaian baju besi shogun yang asli dan anda boleh memperingati pengalami ini dengan mengambil foto yang amat menarik!
Semasa melawat muzium di dalam istana, anda juga dapat melihat pedang samurai yang sebenar, kaligrafi kuno, dan sisa-sisa sejarah lain dari masa lalu di Istana Matsuyama.
5
FAKTA MENGENAI
BADMINTON DI EHIME
Anda mungkin mengaitkan wilayah Ehime dengan oren mikannya yang terkenal, tetapi tahukah anda bahawa Ehime juga mempunyai hubungan erat dengan badminton?
Sukan ini sangat popular di Ehime: terdapat beratus-ratus kelab badminton yang tersebar di seluruh prefektur dan ini adalah destinasi latihan popular untuk pasukan kebangsaan.
Raih raket anda dan mari kita belajar betapa prefektur Ehime menyukai sukan ini!
1 — Ehime Prefecture (benar-benar) suka sukan badminton
Adakah anda tahu bahawa gabenor prefektur Ehime, Tokihiro Nakamura, adalah ahli sukan badminton semasa beliau masih belajar di kolej? Kini, Encik Nakamura adalah Presiden Persatuan Badminton Prefektur Ehime.
Badminton merupakan salah satu jenis sukan yang paling popular di Ehime, dan latihan bermula dari usia muda. Terdapat lebih daripada 30 kelab badminton di sekolah rendah di seluruh wilayah, dengan ratusan lagi di peringkat yang lain. Tiada sesiapa akan tahu bahawa, mungkin satu hari nanti juara dunia badminton akan datang dari Ehime!
2 - Destinasi popular untuk pasukan kebangsaan
Penduduk tempatan Ehime amat peramah dan mesra,
sebab itulah Ehime menjadi tuan rumah kepada pasukan badminton Malaysia dalam penyediaan kemudahan kem latihan.
Sebagai contoh, Prefektur Ehime menjemput pasukan badminton Malaysia untuk berlatih di sini sebelum Sukan Olimpik Tokyo. Pemain-pemain badminton selebriti seperti Lee Zii Jia dan Vivian Hoo juga belatih di ini. Semasa berehat, para pemain dapat menikmati daya tarikan Ehime sambil bertemu dengan pemain-pemain dari sekolah menengah tempatan dan berlatih bersama.
3 - Pemain badminton bermula di sini
Prefektur kami sangat bangga kerana Izuan Ibrahim yang terkenal pernah berkhidmat sebagai jurulatih muda untuk pasukan badminton kebangsaan Jepun dan banyak menyumbang dalam memajukan sukan badminton di Ehime.
Anda mungkin mengenalinya sebagai bekas jurulatih untuk Kento Momota, pemain nombor satu dunia perseorangan lelaki dalam Persekutuan Badminton Dunia.
4 - Ehime Prefecture Budokan
Peminat badminton yang ingin menyaksikan perlawanan tempatan (atau juga mengambil bahagian!) harus menambahkan Ehime Prefecture Budokan dalam jadual mereka.
Bangunan moden yang indah ini mungkin kelihatan sederhana dari luar, tetapi ia adalah tempat pertandingan badminton dan kem latihan untuk pasukan kebangsaan! Ia juga merupakan tempat yang popular bagi para profesional dan penduduk tempatan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran mereka. Sekiranya anda ingin belajar helah atau bertemu dengan kawan baru, sila mengunjungi tempat ini.
5 - Anime yang berkaitan dengan sukan badminton
Tahukah anda bahawa sukan badminton begitu popular di Jepun malahan ia mempunyai siri anime dan manga sendiri?
Memang betul! Hanebado (は ね バ ド) mengisahkan seorang pemain badminton yang pemalu namun mahir, Ayano Hanesaki, yang berupaya menghadapi ketakutannya dan memenangi juara untuk kelab badminton sekolah menengahnya.
Peminat badminton akan gemar membaca manga atau menonton anime di hotel mereka setelah seharian bersiar-siar di Ehime.
5
FAKTA MENGENAI
BERBASIKAL DI EHIME
Terdapat petikan popular yang mengatakan bahawa, "perjalanan adalah sama pentingnya dengan destinasi," dan kami percaya petikan ini amat bersesuaian dengan pengalaman berbasikal di Ehime.
Shimanami Kaido terpilih sebagai salah satu daripada "Tujuh Laluan Berbasikal Terbaik di Dunia" oleh CNN dan dikunjungi oleh ribuan penunggang basikal setiap tahun. Mari kita mengetahui daya tarikannya:
1 — Laluan basikal yang paling indah di dunia?
Shimanami Kaido adalah destinasi yang sangat popular di kalangan penunggang basikal: Perjalanan ini yang sepanjang lebih kurang 70 kilometer bermula dari Imabari (Prefektur Ehime) dan melepasi 6 pulau sebelum tamat di Onomichi (Prefektur Hiroshima).
Laluan ini mempunyai jalur berbasikal khusus yang memisahkan penunggang basikal dari lalu lintas kenderaan – tetapi dekat dengan Lautan Seto yang indah.
Ramai pengunjung menganggapnya sebagai salah satu jalan paling indah yang pernah mereka lalui, dan kami pasti anda akan mengalami pengembaraan yang tidak dapat anda lupai!
2 — "Melintasi" lautan dengan basikal
Setelah anda menunggang basikal di Shimanami Kaido, anda boleh bergurau dengan rakan anda bahawa anda telah menyeberangi lautan dengan basikal. Anda dapat meninjau pulau-ke-pulau dan menikmati pemandangan di salah satu daripada (atau semua) enam pulau - Mukaishima, Innoshima, Ikuchijima, Omishima, Hakatajima, dan Oshima - yang merupakan sebahagian daripada laluan tersebut.
Sekiranya anda kekurangan masa, jangan risau: cuba naiki kereta api dan feri di kawasan ini.
3 — Daya tarikan pelancong di setiap perhentian
Anda boleh melalui perjalanan budaya, seni, sejarah, dan alam Jepun - kesemuanya dengan menunggang basikal!
Terdapat banyak daya tarikan pelancongan di sepanjang laluan: melihat gelombang biru yang indah di Kirosan Observatory Park, menikmati keindahan matahari di Pantai Hakatam, dan melawati Istana Murakami Suigin.
4 — Berbasikal dengan senang dan selesa
Berbasikal sering memerlukan banyak perancangan, tetapi ini tidak berlaku di Ehime: semuanya bersiap sedia untuk anda.
Salah satu perkara utama yang akan anda perhatikan adalah 'garis biru' khas di kaki lima yang mengarahkan anda ke arah yang betul dengan catatan jarak. Ini bermakna anda tidak akan tersesat semasa menjelajahi pulau dengan basikal.
Bukan itu sahaja: sebgai syurga berbasikal, terdapat lebih dari 150 kafe, restoran, dan hotel di sepanjang jalan yang menyajikan makanan dan menyediakan pam udara, air, dan tandas di Shimanami Kaido. Perhatikan tanda ‘CYCLE’ biru-putih!
5 — Makanan tempatan yang lazat
Setelah bersiar-siar dengan menunggang basikal, sampai masanya untuk menjamu selera dengan makanan yang lazat!
Setiap enam pulau tersebut terdapat kafe-kafe dan restoran-restoran yang menyajikan masakan tempatan (termasuk makanan laut langsung dari Lautan Seto), dan makanan ringan bagi mereka yang ingin menikmati makanan tepi jalan.
5
FAKTA MENGENAI
DOGO ONSEN
Manfaat kesihatan dan relaksasi menanti anda di perairan yang menenangkan di Dogo Onsen, salah satu mata air panas tertua di Jepun.
1 — Onsen yang legenda
Onsen memperoleh reputasinya sebagai destinasi kesihatan lebih dari 3,000 tahun yang lalu, ketika seekor kuntul yang melukai kakinya, memasukkan kakinya ke dalam air yang mengalir dari mata air, dan sembuh dengan penuh keajaiban. Justeru itu, Dogo Onsen telah dibinakan.
Air dari onsen ini, yang percayai mempunyai daya sembuh telah dipilih dengan teliti dari lapan belas mata air yang lain. Airnya sangat lembut sehingga sesuai untuk kulit sensitif.
2 — Sambutan Dogo Onsen yang penuh hati
Sekiranya anda ingin cuba tradisi onsen, kami mengesyorkan anda mengunjungi tempat ini pada waktu pagi.
Mengapa begitu awal? Anda akan disambut bunyian pukulan gendang dari menara yang memberi isyarat kepada seluruh bandar bahawa Dogo Onsen dibuka! Gerbang akan dibuka tepat masa, dan anda berpeluang menikmati suasana onsen tanpa orang ramai.
3 — Keluarga imperialis mempunyai bilik mandi persendirian
Kehidupan Maharaja Jepun bukannya senang. Baginda memerlukan masa untuk berehat juga.
Dogo Onsen mempunyai kawasan mandi khas untuk Keluarga Imperial Jepun. Pada hari ini, pengunjung-penunjung boleh mengalami kehidupan bagai ahli keluarga Imperial (walaupun hanya untuk beberapa minit) ketika mereka menjelajahi bilik-bilik yang dihiasi dengan mewah dengan siling hiasan, mata air panas, dan tikar tatami.
Walaupun kawasan ini ekslusif untuk maharaja, baginda amat sibuk dan kali yang terakhir baginda mengunjungi tempat ini adalah pada tahun 1950-an. Mana tahu, mungkin anda sangat bernasib baik dan dapat bertemu dengan maharaja ketika anda berkunjung!
4 — Tiga tingkat berehat
Bangunan tiga tingkat yang megah ini memukau hati dari saat anda melangkah masuk koridornya. Lepas itu, bilik dan ruang di sekeliling seolah-olah membawa anda ke masa dahulu.
Kawasan mandi di Dogo Onsen dipisahkan mengikut jantina dan menawarkan pakej yang berbeza - dari asas hingga mewah - berdasarkan keperluan anda.
5 — Pengalaman yang lengkap
Anda mungkin tidak ingin keluar dari onsen kerana semua kemudahan terdapat di dalam bangunan ini.
Kawasan bersantai disediakan setelah mandi air panas. Anda dapat menikmati teh yang dipanaskan dengan arang batu (untuk memberikan rasa dan aroma istimewa) dan makanan ringan.
5
FAKTA MENGENAI
TEKSTIL EHIME
Dari kain halus kimono ke tuala mewah, Jepun amat terkenal dengan tekstilnya. Seni ini juga terkenal di Ehime, di mana industri tekstil yang berusia ratusan tahun merupakan salah satu industri terbesar sehingga hari ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kraf khas ini, mari kita melancong ke dunia tekstil Ehime.
1 — Tradisi kain Iyo-Kasuri
Kasuri (絣) adalah perkataan Jepun untuk kain yang telah ditenun dengan gentian bercorak. Perkataan gabungan ‘Iyo’ adalah nama sejarah Prefektur Ehime. Inilah salah satu fabrik yang paling cantik di dunia!
Kain Iyo-kasuri biasanya berwarna indigo kaya, walaupun terdapat juga dalam warna hitam, merah, dan warna lain.
Untuk memahami semangat budaya kain ini, anda boleh mengunjung Dewan Kraf Rakyat Iyo-Kasuri di Matsuyama. Kenalilah cara penenunan di depan mata anda, atau menenun kain iyo-kasuri anda sendiri!
2 — Mengenali Kota Imabari melalui tuala yang terkenal
Sudah tentu, cerita tekstil Ehime tidak lengkap tanpa mengenali Imabari! Imabari adalah bandar yang kedua terbesar di wilayah ini. Imabari amat terkenal degann tuala Imabari yang sangat lembut (beberapa orang mengatakan seperti memeluk awan!), tetapi sangat tahan lasak dan menyerap.
Imabari mempunyai salah satu muzium paling unik di dunia ... khusus untuk tuala terkemuka ini! Ini muzium tuala yang pertama di duna, di mana para tetamu dapat melihat pameran tuala tradisional, karya seni, dan demonstrasi proses pembuatan tuala.
3 — Kain Sutera Nomura
Nomura, yang terletak di bahagian barat-daya Prefektur Ehime, terkenal sebagai "kota susu dan sutera." Kain sutera Nomura amat terkenal sehingga ia dibekalkan ke Kuil Ise-jingu untuk menjahit pakaian untuk upacara dan juga sebagai tawaran kepada dewa-dewi di kuil.
Para tetamu boleh mencuba tenunan kain sutera di Muzium Sutera Nomura atau membeli cenderahati yang cantik di kedai-kedai butik yang berdekatan.
4 — Jalan Membeli-belah Matsuyama Ropeway
Sekiranya anda bersedia untuk menguji pengetahuan anda dan ingin membeli cenderamata tekstil yang terkenal di Ehime, kami mengesyorkan: Jalan Membeli-belah Matsuyama Ropeway!
Tempat ini merangkumi kawasan seluas 500 meter, dan lorong-lorong penuh dengan butik-butik kecil-kecilan untuk anda memilih kain tempatan, pelbagai jenis tuala Imabari dan pakaian tradisional.
Anda boleh menghabiskan sepanjang hari di tempat ini, membeli cenderahati untuk rakan dan ahli keluarga, selain itu, menjamu selera dengan makanan enak tempatan!
5 — Apakah maksudnya?
Semasa anda mencari hadiah, anda mungkin menyedari bahawa banyak fabrik di Ehime mempunyai reka bentuk yang menarik ... tetapi tahukah anda bahawa objek ini mempunyai simbolisme terserat?
Contohnya, gelombang dikaitkan dengan kekuatan dan merupakan corak popular untuk hadiah lelaki. Gendang taiko yang terdapat dalam perayaan kimono melambangkan kegembiraan, dan kipas pula dikaitkan dengan dengan kemakmuran dan kejayaan.
PERJALANAN HALAL DI EHIME
Jepun semakin popular untuk pelancong Muslim apabila negara ini semakin mementingkan keperluan umat Islam – seperti penyediaan makanan halal, pembangunan kemudahan-kemudahan tempat sembahyang dan tempat penginapan untuk umat Islam.
Prefektur Ehime sedia menyambut pelancong-pelancong Muslim, dan inilah panduan mini kami:
MASJID DI EHIME
🕌 Masjid Niihama — Masjid dibuka hampir setiap hari dan mempunyai ruang untuk lebih kurang 60 orang untuk bersolat. Pada hujung minggu, Sesi Pengajian Islam dalam bahasa Jepun dan Indonesia diadakan. Masjid ini juga menawarkan tempat penginapan, tetapi perlu membuat tempahan awal.
Alamat: 2 Chome − 2−43 Ikkucho, Niihama, Ehime 792-0025
🕌 Pusat Kebudayaan Islam Matsuyama (MICC) — MICC adalah ibu pejabat umat Islam di Matsuyama dan menawarkan tempat-tempat sembahyang berasingan untuk lelaki dan wanita, serta menjual makanan halal! MICC sering mengadakan pelbagai aktiviti untuk orang Islam dan bukan Islam.
Alamat: 3 Chome-83-2 Shimizumachi, Matsuyama, Ehime 790-0823
RESTORAN HALAL DI EHIME
📍 Restoran Namali Nepal & India (Matsuyama) - Restoran ini terletak di beberapa blok dari Istana Matsuyama. Namaste memberi layanan yang mesra dan hidangan yang diilhamkan dari India seperti kari, kebab, dan naan.
📍 Asian Rasa Kitchen (Matsuyama) - Bagi mereka yang merindukan makanan tanahair, Asian Rasa menyajikan masakan Malaysia dan Indonesia dengan suasana yang mesra! Tukang masaknya berasal dari Sarawak dan dilatih dari sekolah memasak.
SEAFOOD IN EHIME
Oleh kerana Ehime yang dikelilingi lautan, makanan laut amat enak dan terkenal! Berikut adalah beberapa hidangan yang mesti anda cuba:
🐟 Ikan laut sea bream — Ehime mempunyai bekalan ikan laut sea bream yang terbesar - sehingga ikan ini menjadi 'ikan rasmi' di wilayah ini! Salah satu makanan ikan ini dipanggil taimeshi, dimana ikan dihidangkan atas nasi kukus.
🐟 Ayu Jepun (Ikan Sungai) — Ikan jenis ini adalah salah satu jenis ikan yang paling popular di seluruh negara. Ia berasa sedikit manis dengan tekstur yang istimewa.
🐟 Tako meshi — Hidangan tempatan popular yang lazat di sekitar kawasan Lautan Seto. Tako meshi adalah hidangan nasi dengan sotong.
*Nota: Semasa memesan makanan, anda boleh menanya pelayan sama ada sake (arak beras Jepun) digunakan dalam masakan mereka. Kadang-kala, sake digunakkan dalam masakan nasi atau ikan.